Mahkamah Koroner di sini hari ini mengekalkan status quo untuk tidak membenarkan pengamal media membuat liputan prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir melibatkan saksi kanak-kanak yang mula memberi keterangan sejak Isnin lepas.
Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir menyebut ‘Wallahi’ dan menangis berteriak dengan menyebut ‘aku tidak mencuri bah’.
Seorang pegawai perubatan hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa ibu kepada Zara Qairina Mahathir diberi masa secukupnya untuk membuat keputusan berhubung proses bedah siasat anaknya itu.
Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa tidak ada sebarang pergaduhan berlaku antara pelajar di asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, pada malam kejadian kes Zara Qairina Mahathir.
Seorang pengawal keselamatan mengesahkan wujudnya budaya dikenali sebagai ‘MA’, iaitu sesi perjumpaan antara pelajar senior dan junior, di asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar.
Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini bermula dengan pihak-pihak yang terlibat melawat lokasi kejadian di bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, di sini.
Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa telefon awam di dua blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar ditutup dua hari bermula 16 Julai lepas, iaitu selepas insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Pegawai perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE) memberitahu Mahkamah Koroner bahawa tiada kesan lebam atau tanda penderaan ditemukan pada tubuh Allahyarham Zara Qairina Mahathir ketika menerima remaja itu untuk pemeriksaan pada 16 Julai lalu.
Saksi pertama dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir berkata terpulang kepada pertimbangan Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada remaja itu telah membunuh diri atau sebaliknya.
Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa remaja berusia 13 tahun itu dipercayai sama ada melompat atau bergayut sebelum ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu.
Sebanyak 70 orang saksi termasuk pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan dipanggil untuk memberi keterangan pada prosiding inkues berhubung kematian remaja itu.
SEREMBAN, 21 OKT: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa pada awalnya dia tidak dapat memastikan jasad manusia yang ditemukannya ialah Nora Anne Quoirin, memandangkan kedudukannya yang agak jauh dari mayat itu.
JOHOR BAHRU, 21 MAC: Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan kematian pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, pada 26 April 2017, adalah disebabkan komplikasi berkait kencing tikus.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.